KIMYRA INTERNATIONAL SDN BHD


Kimyra International Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Kimyra, telah ditubuhkan pada tahun 2018 oleh sepasang suami isteri iaitu Puan Fatin Umirah (Founder) dan Tuan Fathihi Hakimi (Co-Founder). Sebelum penubuhan Kimyra International Sdn Bhd, syarikat ini dikenali sebagai Kimyra Style Ventures dimana nama 'Kimyra' sendiri telah diinspirasikan daripada kedua-dua nama pengasas utama.


Pada awal penubuhan, Kimyra telah menjalankan perniagaan dengan penjualan pakaian dari rumah. Kini, Kimyra merupakan pengedar Muslimah Jersey Premium Terbaik Malaysia dengan memiliki lebih 900 Ejen dan dropship di seluruh semenanjung, termasuk Sabah dan Sarawak. 


Berlandaskan konsep 'We are committed to cover your aurah' , Kimyra amat mementingkan penyediaan pakaian sukan patuh syariah dengan design 'rare' yang menjadi pilihan bagi semua peringkat umur. 


Selari dengan permintaan luar biasa daripada para pelanggan, Kimyra kini meningkatkan kecekapan operasi perniagaannya dengan berpindah lokasi ke Bandar Teknologi Kajang, Selangor dan bergerak bersama bahagian produksi di bawah satu bumbung. 


Setelah 3 tahun penubuhan, penstrukturan semula telah digubal dimana Kimyra hari ini bukan sahaja giat menyediakan pakaian sukan, malah organisasi syarikat sedang aktif berkembang dalam industri design & fashion .